16 Dis 2008

sugar baby???

Sudah lama tidak menulis sejak entry yg lepas.Rindu jari jemari terhadap keyboard muncul tiba-tiba.Dengan desakan kebosanan yang meluap-luap oleh ketiadaan kerja walaupun di tempat kerja.

Teringatkan hari semalam.Lunch hour di kfc bersama Lady B (nama tpksa dirahsiakan atas permintaan tuan badan).Gadis baru di call centre.Aku tak mesra seperti org lain.Bila baru kenal aku lebih byk jadi bisu.Tapi entah kenapa dengan Lady B, cepat betul mesra-nya.Mungkin sebab opis mate yg sedia ada kbykannya lebih layak digelar makcik dari kakak.(makcik cleaner yg usianya lebih tua dari mak aku pon bahsekan dirinya 'kakak'!terima je la.panggil makcik kang kecik hati lak die)

Lady B...dari jauh merantau setiap pagi untuk ke opis kami di PJ.Dia tak kisah..dia bukan tak mahu drive, dia tak suka jalan jem.Aku pula tak kisah.Aku lagi kisah nak naik bas berhimpit2 dengan indon, bangla, burma, vietnam, nepal dan sebagainya.Tak sanggup.Cukup lah pengalaman lalu yg menjadi pengajaran aku.Aku lebih rela drive dalam jem dari naik bas.(ok dah nak terkeluar tajuk la plak...)

Semalam Lady B bawak bekal bekpes bihun goreng.Entah di mana dia tapau aku pon tak tahu.Katanye tak sempat nak bekfes sebab pagi-pagi lagi line dah busy.Dari bekpes, jadik lunch.Aku makan KFC dan Lady B makan bihun.Banyak yang kami bualkan sepanjang masa menghabiskan bihun sebungkus, ayam 2 ketul, pepsi dan ice lemon tea secawan.Aku baru tahu yang Lady B rupanya agak jauhlah beza umurnya dengan aku.Sepatutnya aku panggil dia 'kakak'.Biarlah...dia tak kisah.

Sedikit demi sedikit dia ceritakan tentang peribadinya.Tengah bergaduh dengan boyfriend, pasal ex boyfriend.Jauh merantau si Lady B.Ikut ex-bf bekerja di New Zealand.Dihantui another ex-bf yg maniac.Sampai terpaksa buat police report, keluar surat mahkamah bagai.Sehinggalah cerita dia di-support oleh sorang 'pakcik' kaya.Pendek kata, jadik SUGAR BABY.

Bab ni aku memang interested sgt.Entah kenapa.Sebenarnya aku tertarik dengan isu ni dari dulu lagi.Bagaimana SUGAR BABY ini mendapat kemewahan sekelip mata oleh kebutaan nafsu dan iman.orang tua yg sudah beranak pinak tapi banyak duit dan tak tau nak taburkan duit tu kemana.Kata si Lady B, dia pernah menjadi SUGAR BABY kepada seorang husband yang agak kaya.Husband siapa tak tau la plak.Katanya waktu itu dia amat mewah...duit seribu dua tak de masalah pun.Kol, mintak, dapat.No wonder lah si Lady B selalu holiday kat oversea...

Katanya lagi, pernah sekali di lapangan terbang, waktu itu dia baru balik dari Shanghai pegi holiday.Si Lady B di-approach oleh seorang tua, untuk jadik SUGAR BABY-nya.Lumayan wang yg ditawarkan.RM10k sebulan.Apa yang perlu di-buat cuma available bila-bila masa dia diperlukan oleh si tua.Lady B kata, jenuh dia pikir panjang bila smpai rumah.Oleh kerana dia jenis yang tak suka terkongkong atau lebih tepat, komitmen, dia tolak tawaran RM10k itu.(arghhhh!gelap mata kalu duit banyak tu sebulan..macam gaji general manager)

Aku tiba-tiba terimbas saat aku di-approach seorang 'pakcik' betul-betul di tepi jalan depan opis.Bagaimana dia offer aku upah yang lumayan, untuk servis seks...yep..servis seks!Saat itu, macam-macam soalan kenapa yang muncul dalam kotak akal.
'Rupa aku macam golongan itu ke?'
'Aku terlalu seksi ke?'
Dan macam-macam lagi yang menyerang akal.Mungkin waktu itu iman masih kuat, jadi pelawaannya kutolak cara lembut.Maklumlah..orang tua.Harus dihormati, biarpun maruah aku agak tercalar dengan permintaan dia.Amat bersungguh lah 'pakcik' itu walaupun sudah aku katakan aku dah berantai sebelah.Datang ke opis mencari aku walaupun aku tak bagitau mana aku kerja.Pening pun ada memikirkan.Sehingga sampai satu tahap, dimana aku takut nak balik keje.Takut terserempak dengan si tua tu.Jalan penyelesian, ialah bercakap elok-elok.

Kini si tua dah takde mengganggu lagi.Suasana kerja aman semula.Dan Lady B..Aku sendiri tak pasti servis apakah yang diberi pada si tua dia.Mungkin servis yang sama?Ahh..!Malas otak ini mahu pikir..

Semuga berbahgia mereka dengan cara hidup mereka~

Tiada ulasan: