30 Dis 2008

Oh Cameron Highland!

Kali ni baru nak ceritakan kisah Cameron Highland.Malas sangat nak updated blog ini kerana virus demam yg menumpang hidup dalam jasad aku minggu lepas.

21 Disember lepas, family-ku menghabiskan masa kami berlibur di tempat sejuk....(siyes sejuk lagik Cameron Highland itu)Kami gerak dari rumah dalam jam 1 tgh hari.Dan sampai di sana kira-kira 1 jam setengah kemudian.Ayah ikut jalan Simpang Pulai.Jauh lebih dekat dari jalan Tapah, dan jalan-nya pula tak lah berliku-liku amat.Dah lama aku tak naik Cameron Highland.Last naik ke sana, maseh lagi dress-up budak skola baru nak kenal dunia.Dan maseh lagi bergambar dengan patung lebah warna-warni kat ladang lebah yg berbukit bukau itu.

Aku sering dengar orang cakap, "Alah..Cameron Highland bukan sejuk dah macam dulu.."

Siyesly, kadang-kadang aku tak paham ape motif manusia yg bertutur macam tu.Sebab bila aku da separuh jalan smpai ke atas, dingin tu dah sama macam dalam aircond.Kami tak bukak aircond pun dalam kereta.Cuma bukak tingkap sebelah driver je, cukup untuk sejukkan satu keta.Mungkin orang yg cakap tu jeles sebab aku dapat pegi Cameron Highland tp tidak dia...(ayat gedik dan lapuk ok)

Bila sampai je kat atas, tempat persinggahan pertama kami, Ladang Teh Cameron Bharat.Punya la ramai umat nak bergambar kat ladang teh tu.Aku pun tak ketinggalan.Hehe...Nanti aku uploadkan gambanya, coz skang tak bawak cabel nak transfer gambar.

Lepas bershopping teh perisa strawberi dan lemon sekotak 2, kami beransur pula ke tempat makan.Ayah drive terus je smpai tmpat makan, tanpa tanya sape2.Agaknya ayah dah lapa sangat kut.Hehehe...Lepas makan aku ambil kesempatan untuk 'buat tanda' kat toilet berhampiran gerai kami makan tu.Fokusnya disini, aku nak ceritakan betapa sejuk yg amat lah air kat toilet tu.Layaknya air batu yg baru keluar peti ais.Sehingga terjerit kecil aku sendiri waktu air mencecah kulit.Huhu~

Selepas itu, barulah bermula sesi bershopping kami, dari bantal strawberry yg ayah belikan, keychain comel2 sbgai buah tgn buat kawan, ubi keledek oren dan ungu, baju-baju yg tebal dan tak tebal, madu sehinggalah ke sayur-sayur dan makanan ringan, cendawan goreng yg dijual macam goreng pisang, tapi amatlah sedap dikunyap waktu itu.Benda terakhir yg aku beli di-sana ialah bunga kering.

Sebabnya aku beli bunga kering tu, ialah penjual-nya.Seorang anak india perempuan yg sangat lah sweet....mulutnya lancar macam dia memang dilahirkan untuk jual bunga.Sangat-lah baik hati pulak tu, siap bagi aku bunga free setangkai 2.Jadi aku dengan gembiranya beli bunga kering tu, disebabkan penjualnya ini..

Tempat yang paling best haritu, Taman Rama-Rama yg rama-ramanya banyak dah mati.Lebih banyak binatang lain dari rama-rama macam ulat gonggok besar tu, cengkadak yg serupa macam daun mati, kumbang-kumbang n ular-ular.Lebih sesuai kalu ditukar nama kepada Taman Haiwan.Walaupun dikena-kan bayaran RM5/adult dan RM2/children, agak berbaloi la sebab byk binatang yg ada.Kami masuk pun, gara-gara kekasih cinonet aku yg hilang demam bila sebut tentang Taman Rama-Rama.

Tempat persinggahan terakhir kami ialah ladang lebah yg aku cerita awal tadi.Waktu inilah kesejukan melampau terasa.Keluar asap ikut mulut tau, macam kat oversea lak..huhu~Tempat tu dah transform jadik macam tempat pelancongan yg sepatutnya.Ada platform tinggi yg boleh orang amik gamba.Mak n ayah tak ketinggalan menghabiskan duit untuk madu-madu yg dijual kat situ.

Lepas penat semua bershopping n berjalan sejuk-sejuk, kami pun sepakat nak balik.Lagipun hari dah nak malam.Mane ade xtvt bole buat malam2 kat sane.Lain la kalu aku pegi bulan madu kat sane nanti..Hehehe...(erm..betul ke nak pegi hanimun kat sane eh?)




UPDATED : nah gamba-gamba



kekasih cinonet yg sibuk interframe

Syura yang poyo

Tiada ulasan: