30 Dis 2008

Kahwin-Mawin!

Musim kawin, bulan 12..

Ada juga ahli keluarga aku yg turut kawin.Last wiken, anak Ayah We yg ke-2 kawin.Perkahwinan kampung yg penuh ciri-ciri ke-islaman, sebab Ayah-We sangat kuat agamanya.Tiada persandingan.Kasihan juga pada pengantin, sehingga mak andam pun tak ada.Berkat skill-skill make-up amatur aku dan adik aku, pengantin kami solekkan juga pada malam menikah dan hari kenduri-nya.Terserlah juga seri-nya walaupun alatan tak seberapa dan tukang make-up juga tak seberapa.Si pengantin amat berterima kasih pada kami 2 beradik...kembang kempis juga lubang hidung ni tambahan lagi, mehndi juga hasil keje jari ini juga..
Penat masih terasa kerana kerja-kerja dapur turut menyelit di hari perkahwinan itu..

Penat semua anggota...mau rehat!

Updated: Nah gamba-gamba..



senyum + ketawa time berinai



budak ni asik meragam jek time hari kenduri


nangis jek keje-nye


mrajuk la plak


Last-last, tido gak..haih!


Port family kiteorang time hari kenduri


Cacat = beruk makyeh..


Tolong-tolong final touch-up


Malam menikah aku melekat je dgan ayah sebab aku demam...


Tapi yg atas riba tu, kes ngada-ngada + manja lebey..


Tapi bila berlensa, demam hilang..AJAIB!!!

Di-pakaikan cincin

Di-pakaikan bracelet la plak

Itu ialah mas kahwin..RM501..Banyak-nye.Lepas bli kasut 2 3 pasang..




Kekasih cinonet sibuk nak pakaikan ayah spec plastik kanak-kanak


Aktiviti melepak port ke-2

Al-Fatihah Nenek Zamrut

19 Disember 2008,

Waktu tengah leka melayan X-box 360 kira-kira jam 8 malam, aku disampaikan berita yg nenek meninggal dunia.
Agak tersentak, dan kelam kabut bersiap, malam itu juga kami bertolak balik kampung.Rindu aku pada nenek.Tak sempat beraya, raya haji lepas.
Nenek demam, kata orang.Kemudian nenek meniggal macam tu aje, tanpa sakit yg teruk-teruk.Dah sampai ajal nenek.Dah 79 tahun nenek hidup kat dunia ni, tentu macam-macam yg nenek dah tempuhi.
Kali ini, aku ikut iring jenazah nenek smpai ke liang lahat.Kali pertama aku lihat bagaimana mayat disemadikan.
Sayu hati, dari malam smpai ke siangnya aku tahan air mata dari tidak mengalir, akhirnya mengalir juga saat jenazah nenek dikafankan.Bau kemenyan, setanggi dan air mawar memenuhi ruang rumah nenek menambahkan lagi sedih dalam hati-hati yang sedih...

Nenek, saya doakan nenek berbahagia di-alam sana.Semoga roh nenek bersama-sama dengan roh mereka yg beriman.Akan saya rindukan nenek buat selamanya.

Oh Cameron Highland!

Kali ni baru nak ceritakan kisah Cameron Highland.Malas sangat nak updated blog ini kerana virus demam yg menumpang hidup dalam jasad aku minggu lepas.

21 Disember lepas, family-ku menghabiskan masa kami berlibur di tempat sejuk....(siyes sejuk lagik Cameron Highland itu)Kami gerak dari rumah dalam jam 1 tgh hari.Dan sampai di sana kira-kira 1 jam setengah kemudian.Ayah ikut jalan Simpang Pulai.Jauh lebih dekat dari jalan Tapah, dan jalan-nya pula tak lah berliku-liku amat.Dah lama aku tak naik Cameron Highland.Last naik ke sana, maseh lagi dress-up budak skola baru nak kenal dunia.Dan maseh lagi bergambar dengan patung lebah warna-warni kat ladang lebah yg berbukit bukau itu.

Aku sering dengar orang cakap, "Alah..Cameron Highland bukan sejuk dah macam dulu.."

Siyesly, kadang-kadang aku tak paham ape motif manusia yg bertutur macam tu.Sebab bila aku da separuh jalan smpai ke atas, dingin tu dah sama macam dalam aircond.Kami tak bukak aircond pun dalam kereta.Cuma bukak tingkap sebelah driver je, cukup untuk sejukkan satu keta.Mungkin orang yg cakap tu jeles sebab aku dapat pegi Cameron Highland tp tidak dia...(ayat gedik dan lapuk ok)

Bila sampai je kat atas, tempat persinggahan pertama kami, Ladang Teh Cameron Bharat.Punya la ramai umat nak bergambar kat ladang teh tu.Aku pun tak ketinggalan.Hehe...Nanti aku uploadkan gambanya, coz skang tak bawak cabel nak transfer gambar.

Lepas bershopping teh perisa strawberi dan lemon sekotak 2, kami beransur pula ke tempat makan.Ayah drive terus je smpai tmpat makan, tanpa tanya sape2.Agaknya ayah dah lapa sangat kut.Hehehe...Lepas makan aku ambil kesempatan untuk 'buat tanda' kat toilet berhampiran gerai kami makan tu.Fokusnya disini, aku nak ceritakan betapa sejuk yg amat lah air kat toilet tu.Layaknya air batu yg baru keluar peti ais.Sehingga terjerit kecil aku sendiri waktu air mencecah kulit.Huhu~

Selepas itu, barulah bermula sesi bershopping kami, dari bantal strawberry yg ayah belikan, keychain comel2 sbgai buah tgn buat kawan, ubi keledek oren dan ungu, baju-baju yg tebal dan tak tebal, madu sehinggalah ke sayur-sayur dan makanan ringan, cendawan goreng yg dijual macam goreng pisang, tapi amatlah sedap dikunyap waktu itu.Benda terakhir yg aku beli di-sana ialah bunga kering.

Sebabnya aku beli bunga kering tu, ialah penjual-nya.Seorang anak india perempuan yg sangat lah sweet....mulutnya lancar macam dia memang dilahirkan untuk jual bunga.Sangat-lah baik hati pulak tu, siap bagi aku bunga free setangkai 2.Jadi aku dengan gembiranya beli bunga kering tu, disebabkan penjualnya ini..

Tempat yang paling best haritu, Taman Rama-Rama yg rama-ramanya banyak dah mati.Lebih banyak binatang lain dari rama-rama macam ulat gonggok besar tu, cengkadak yg serupa macam daun mati, kumbang-kumbang n ular-ular.Lebih sesuai kalu ditukar nama kepada Taman Haiwan.Walaupun dikena-kan bayaran RM5/adult dan RM2/children, agak berbaloi la sebab byk binatang yg ada.Kami masuk pun, gara-gara kekasih cinonet aku yg hilang demam bila sebut tentang Taman Rama-Rama.

Tempat persinggahan terakhir kami ialah ladang lebah yg aku cerita awal tadi.Waktu inilah kesejukan melampau terasa.Keluar asap ikut mulut tau, macam kat oversea lak..huhu~Tempat tu dah transform jadik macam tempat pelancongan yg sepatutnya.Ada platform tinggi yg boleh orang amik gamba.Mak n ayah tak ketinggalan menghabiskan duit untuk madu-madu yg dijual kat situ.

Lepas penat semua bershopping n berjalan sejuk-sejuk, kami pun sepakat nak balik.Lagipun hari dah nak malam.Mane ade xtvt bole buat malam2 kat sane.Lain la kalu aku pegi bulan madu kat sane nanti..Hehehe...(erm..betul ke nak pegi hanimun kat sane eh?)




UPDATED : nah gamba-gamba



kekasih cinonet yg sibuk interframe

Syura yang poyo

24 Dis 2008

~kala demam menyerang aku~

Arini kisah aku yang tak sihat tapi masih kene kerja sebab manager tak bagi amik cuti lagi.Malam tadi sudah mula demam tapi pagi tadi demam ini makin menjadik-jadik.Kepala otak mula diserang kepeningan yg amat sangat.Aku agak ini suma gara-gara kekasih cinonet aku yg demam time aku balik ipoh last wiken.Nak-nak ahad tu, kami sekeluarga ke Cameron Highland.Cuaca memang sejuk tahap gaban..
Nanti akan aku blog trip kami ke Cameron Highland dan kematian Nenek Jamrut malam jumaat lepas..Kenapa jam maseh pukul 3?Kenapa tidak pukul 5?Aku nak balik dan bergolek atas katil smbil peluk bantal strawberry yg ayah belikan waktu di Cameron Highland.Aku pasti dengan cara itu, demam aku pasti kebah..Alangkah indah jika aku punya kuasa magic macam Harry Potter...

19 Dis 2008

aku mahu photographer free!

Mahu carik photographer untuk kawen aku nanti.Tapi mahu yang free.Kos photographer sekarang amat tinggi.Ini hasil lensa abg saye.He's quite good for amature..Doesn't he??



Model tetap - our nephew SYAHIR SYARBANI



She's my bro's girl.But my mum quite tak suke dgn dis girl bcoz she's quite gediks' said my mum..
(harap-harap pempuan ni tak jmpa la blog ni~)
I wish he could capture the same gojes pictures like dis for my weddin...

18 Dis 2008

syahdu-nye malam raya~

"Allah..huakhbar Allah...huakhbar Allah...huakhbar!"
"Laillah..haillallah..huallah...huakhbar!"
"Allah...huakhbar walillah..ilham!"

Semua umat islam kat muka bumi ni pasti kenal amat dgn alunan syahdu ni kan?Malam raya Aidil-adha yang lepas, sama macam malam-malam raya yang lain.Dah jadik adat buat keluarga kami sejak hampir 3 tahun menjadi penghuni KINTA PERDANA.(nama kwsn rumah baru parents-ku).Setiap malam raya, setiap rumah orang ISLAM di KINTA PERDANA akan bergema takbir raya.Jemaah surau kat sini amatlah aman permai dan bagus amat.Semuanya sepakat bertakbir dari rumah ke rumah setiap malam raya.

Raya Haji kali ini, rumah kami di giliran yang ke-2..(yep..rumah kami memang dekat dengan surau).Jadi rumah kami memang akan ada menu istimewa setiap kali malam raya.Dan biasanya rumah kami pasti bz dari awal pagi lagi bila tiba "hari masak".Malam itu, jemaah yg datang bertakbir di rumah kami, dijamu dengan menu "roti kembung" ciptaan bonda tercinta.Alah...ala-ala capati cuma guna tepung gandum jek.Hii..hii..

Sehingga senja, barulah proses membakar roti kembung selesai..(bpeluh-peluh along dgn angah kat depan kuali tuh..hihihi)Malam itu, ayah kami kene keje shift DCC.8 malam sampai 8 pagi ke-esokkan-nya.Kalu siapa yg anak polis, nak-nak department trafik atau MPV (ronda) mesti tau apa tu shift DCC.Aku pun tak bape pandai sgt.Tapi kalu tak silap, kene jaga bilik kawalan.Semua kereta peronda yg keluar malam tu, akan melapor pada bilik kawalan, pada ayah kami yg gilirannya kene pada malam raya itu.

Jadi cuma tinggal kami adik beradik dan emak untuk melayan tetamu istimewa setiap kali malam raya tiba.Along dan adik (abg sulong dan adik bongsu) awal-awal dah kene kerah dengan ayah ke surau.Sebelum pergi kerja lagi dah kene pesan.Buat along yang malas ke surau, malam itu, padan muka dia.Hihihihi...Tapi buat adik, biasa je, sebab dia memang rajin pegi jemaah di surau.(adik kami agak "alim".Dia selalu pakai serban kalu pergi berjemaah di surau.)

Malam itu, lepas maghrib, baru aku berpeluang untuk mandi dan mangi-mangi.Tak de lah rushing sangat sebab pinggan mangkuk(polestrin jek.mak kiteorang moden!huhu~)semua dah siap susun kat depan.Tikar dah bentang.Segala makanan dah siap dihidang dalam bekas bufet besi tu.(kan da cakap mak kiteorang moden.Tak de makna nak berhidang-hidang bagai~)Lepas mandi, aku masuk bilik dan bukak beg baju aku.Belek punya belek aku tetiba jadik agak gusar.Sebab dah tak de track suit atau pakaian sopan lagi.Suma da masuk washing machine.Adik-ku yg terperasankan keadaan kakak-nye yg cam kelam kabut ni, terus meng-offer track suit dan t-shirt lengan panjang kale hitam die pada aku.Lega rasenye..Maklumla..yg nak dtg, jemaah2 surau.Jadik pakaian pun harusla sopan beb.

Lepas menyarung baju dan me-wangikan diri dengan deodoran dan sikit perfume,(aku x de niat nak ngorat pak aji2 tu ek!!) aku selongkar balik luggage aku mencari sehelai selendang "PUSING KELILING" kale itam hadiah dari bonda tercinta.(alah selendang yg pusing2 tu, yg byk jual kat First lady tu.Nama PUSING KELILING tu aku yg bagi sebab nak pakai nye kene pusing abes atas pale).Itu je la selendang milik-ku.Sebab aku ni jenis yg tak pakai tudung, (kalau nak balik kg tok je baru pakai.tu pon mane2 tahun sekali baru balik.bukan hipokrit, tp menghormati org tua.Org tua kan suka tgk org bersopan santun dari segi rohani dan jasmani)

Lepas je cucuk jarum peniti terakhir atas kpala, aku pon kuar dari bilik dalam lenggok yg penuh sopan.Kluar je dari bilik da nampak wajah bonda tercinta.
"Ha......!Lawanye....!"
Kate-kate pujian dari mulut mak keluar sebaik saja mata-nye menatap wajah anak gadis-nye yg ala-ala wardina safiyah malam itu.Blushing la muka aku sepanjang malam.Apa lagi bila da kene puji, mula la sesi berlensa dgn adik-ku yg sememangnya suka control ayu.Anak kakak-ku yg juga meranggap kekasih cinonet aku juga tak ketinggalan untuk sama interframe menunjukkan gigi depannya yg da rongak pada lensa kamera.(sori la ta dek picha nak upload sebab suma tinggal kat KINTA PERDANA)

Sedang kami bz berlensa manakala mak dan angah(kakak saye!!) tgh ralit menonton tv, terdengar salam dari luar rumah.
"Assalammualaikum..."
"Waalaikummussalam.."
Sahut mak dari dalam.Kami be-3 berlari rempit ke dapur.Kunun-kunun malu lah tu..Tetamu istimewa kami dah sampai.Malam itu, aku jumpa semula wajah-wajah yang jarang sekali aku jumpa.Sebab aku satu-satunya anak mak dan ayah yang duduk merantau di negeri orang.Yang lain suma masih berkepit bawah ketiak.Termasuk-lah along yg sekarang umo da 26 dan kakak-ku yg da anak 1 nak masuk 2.Ada juga jiran kami yg tidak tahu lansung tentang kewujudan aku sebagai anak mak dan ayah, sebab wajah kami anak perempuan ayah dan mak sama.Orang luar susah nak cam.Macam kemba la plak.Heheh..

Haji Shahriman, ketua KINTA PERDANA dan beberapa lagi nama yg aku selalu denga tapi tak kenal wajah.Namun pak haji ni cukup menarik perhatian aku.Aku suka pakcik ni.Perwatakan dia, sangat gentleman.(lantak la korang nak kate ape...)Aku suka lihat Haji Shahriman dengan jubah dia, dan kain lebai yg sentiasa berselepang di bahu.Lain-lain muka yang aku nampak ialah wajah-wajah anak muda yg tak pernah aku jumpa sebelum ni.Mungkin semua-nya juga merantau macam aku.Bla raya baru nampak muka.Secara automatik-nye aku tercover-cun dgn sendirinya.Hehehe....

Bila takbir bergema ruang tamu rumah kami malam itu, hati aku sayu...Entah kenapa lah.Rasa sayu..tiba-tiba teringatkan arwah Tok Salleh kami.Tiba-tiba teringatkan arwah Tok Wan.Teringat semua-semua yg telah pergi.Teringat zaman kecik-kecik bagaimana meriahnya setiap kali hari raya tiba tak kira la raya puasa atau raya haji...Rasa semua cepat sangat berlalu.Ini lah raya haji terakhir aku sebagai anak dara mak dan ayah.Aku pasti raya haji tahun depan, aku sudah bergelar isteri kpd "DIA".Cepat sungguh masa tu jalan.Tak sedar pun sekarang dah nak jadik bini orang dah.(korang doa-doakan la)

Malam itu berakhir dengan indah..Semua tetamu makan agak banyak.Seusainya tetamu, kami anak beranak perempuan meneruskan sesi makan-makan sambil menonton TAIN 3T pada malam itu..

Malam raya...syahdu amat...
Korang ada rasa macam tu tak?Mungkin ade yg akan jawap ya dan ada yg akan jawap tak.Pada aku malam raya itu indah..Malam tu akan kita dengar takbir bergema setelah sekian lama tak mendengarnya.Aku akan rasa damai setiap kali malam raya.Satu, sebab aku tau esoknya aku tak payah keje.Dua, sebab aku tau esok aku akan jumpa semua ahli keluarga.Tiga sebab aku tau esok aku akan dapat melaram walaupun duduk kat rumah saje.Empat, sebab aku tau esok aku boleh makan free walau di-rumah sesiapa pun...Kalu nak bagi sebab kenapa aku suka malam raya, smpai kudung jari dan hancor kibod pun tak abis.

Korang suka dan syahdu tak di malam raya macam aku???

Updated : gamba-gamba


Ini ialah cuppies buat celebrate bufday adik, eno dan kekasih cinonet-ku malam raya itu



Muka poyo bajet ayu



Ni je la yg ada, gamba gigi burok tak de la plak..

16 Dis 2008

sugar baby???

Sudah lama tidak menulis sejak entry yg lepas.Rindu jari jemari terhadap keyboard muncul tiba-tiba.Dengan desakan kebosanan yang meluap-luap oleh ketiadaan kerja walaupun di tempat kerja.

Teringatkan hari semalam.Lunch hour di kfc bersama Lady B (nama tpksa dirahsiakan atas permintaan tuan badan).Gadis baru di call centre.Aku tak mesra seperti org lain.Bila baru kenal aku lebih byk jadi bisu.Tapi entah kenapa dengan Lady B, cepat betul mesra-nya.Mungkin sebab opis mate yg sedia ada kbykannya lebih layak digelar makcik dari kakak.(makcik cleaner yg usianya lebih tua dari mak aku pon bahsekan dirinya 'kakak'!terima je la.panggil makcik kang kecik hati lak die)

Lady B...dari jauh merantau setiap pagi untuk ke opis kami di PJ.Dia tak kisah..dia bukan tak mahu drive, dia tak suka jalan jem.Aku pula tak kisah.Aku lagi kisah nak naik bas berhimpit2 dengan indon, bangla, burma, vietnam, nepal dan sebagainya.Tak sanggup.Cukup lah pengalaman lalu yg menjadi pengajaran aku.Aku lebih rela drive dalam jem dari naik bas.(ok dah nak terkeluar tajuk la plak...)

Semalam Lady B bawak bekal bekpes bihun goreng.Entah di mana dia tapau aku pon tak tahu.Katanye tak sempat nak bekfes sebab pagi-pagi lagi line dah busy.Dari bekpes, jadik lunch.Aku makan KFC dan Lady B makan bihun.Banyak yang kami bualkan sepanjang masa menghabiskan bihun sebungkus, ayam 2 ketul, pepsi dan ice lemon tea secawan.Aku baru tahu yang Lady B rupanya agak jauhlah beza umurnya dengan aku.Sepatutnya aku panggil dia 'kakak'.Biarlah...dia tak kisah.

Sedikit demi sedikit dia ceritakan tentang peribadinya.Tengah bergaduh dengan boyfriend, pasal ex boyfriend.Jauh merantau si Lady B.Ikut ex-bf bekerja di New Zealand.Dihantui another ex-bf yg maniac.Sampai terpaksa buat police report, keluar surat mahkamah bagai.Sehinggalah cerita dia di-support oleh sorang 'pakcik' kaya.Pendek kata, jadik SUGAR BABY.

Bab ni aku memang interested sgt.Entah kenapa.Sebenarnya aku tertarik dengan isu ni dari dulu lagi.Bagaimana SUGAR BABY ini mendapat kemewahan sekelip mata oleh kebutaan nafsu dan iman.orang tua yg sudah beranak pinak tapi banyak duit dan tak tau nak taburkan duit tu kemana.Kata si Lady B, dia pernah menjadi SUGAR BABY kepada seorang husband yang agak kaya.Husband siapa tak tau la plak.Katanya waktu itu dia amat mewah...duit seribu dua tak de masalah pun.Kol, mintak, dapat.No wonder lah si Lady B selalu holiday kat oversea...

Katanya lagi, pernah sekali di lapangan terbang, waktu itu dia baru balik dari Shanghai pegi holiday.Si Lady B di-approach oleh seorang tua, untuk jadik SUGAR BABY-nya.Lumayan wang yg ditawarkan.RM10k sebulan.Apa yang perlu di-buat cuma available bila-bila masa dia diperlukan oleh si tua.Lady B kata, jenuh dia pikir panjang bila smpai rumah.Oleh kerana dia jenis yang tak suka terkongkong atau lebih tepat, komitmen, dia tolak tawaran RM10k itu.(arghhhh!gelap mata kalu duit banyak tu sebulan..macam gaji general manager)

Aku tiba-tiba terimbas saat aku di-approach seorang 'pakcik' betul-betul di tepi jalan depan opis.Bagaimana dia offer aku upah yang lumayan, untuk servis seks...yep..servis seks!Saat itu, macam-macam soalan kenapa yang muncul dalam kotak akal.
'Rupa aku macam golongan itu ke?'
'Aku terlalu seksi ke?'
Dan macam-macam lagi yang menyerang akal.Mungkin waktu itu iman masih kuat, jadi pelawaannya kutolak cara lembut.Maklumlah..orang tua.Harus dihormati, biarpun maruah aku agak tercalar dengan permintaan dia.Amat bersungguh lah 'pakcik' itu walaupun sudah aku katakan aku dah berantai sebelah.Datang ke opis mencari aku walaupun aku tak bagitau mana aku kerja.Pening pun ada memikirkan.Sehingga sampai satu tahap, dimana aku takut nak balik keje.Takut terserempak dengan si tua tu.Jalan penyelesian, ialah bercakap elok-elok.

Kini si tua dah takde mengganggu lagi.Suasana kerja aman semula.Dan Lady B..Aku sendiri tak pasti servis apakah yang diberi pada si tua dia.Mungkin servis yang sama?Ahh..!Malas otak ini mahu pikir..

Semuga berbahgia mereka dengan cara hidup mereka~

22 Sep 2008

~hari meriah~

Dah lama aku tinggalkan blog page aku ni.Smpai aku dah lupa apa password nak sign in :P.Tp bila baca blog kawan2, tgn ni gian nak menaip balik pasal apa yg jadik dlm hidup aku sepanjang tahun 2008 ni.Dari bulan Januari smpai sekarang hampir habes bulan September.Macam2 hal yg jadik smpai tak abes kalu nak cerita.
Tapi kali ni aku nak cerita pasal hari yg agak bersejarah la buat diri aku n family terutamanya my luvly ayah n mak.Setelah bersusah payah memujuk aku yg degil amat ni, akhirnya pada bulan Mac kalau tak silap, aku pon bersetuju untuk mengikat janji dengan boyfriend aku yg umo-nye cuma tua 2 tahun dariku.Dalam keadaaan diri yg tak berapa nak matang, aku ambik keputusan untuk sudi dipinang oleh bf aku setelah hampir 3 tahun menjalin hubungan spesial.
Beginilah kirenya bagaimana tercetusnya idea untuk bertunang dari mulut mak aku yg cukup hebat pyscho org (tp hebat lagik ayah aku sbb die polis..!:D~).Hanya perbualan telifon cukup untuk mak aku psycho aku smpai termakan pujukan dia.
On d phone..

Mak: Kakcik, mak nak buat kenduri cuti skolah bulan 5 nanti.

(Kakcik = panggilan mesra keluarga aku pada aku)

Aku: Kenduri apa mak?

Mak: Alah kenduri kesyukuran sikit, sempena masuk umah baru, ayah kamu dpt melintang, dengan Along dapat keje kerajaan.Mak igt nak buat kenduri kamu sekali.

(time tu family aku baru berpindah umah, baru tak baru la tp dekat setahun jugak dah.Pastu lak ayah aku dapat melintang (kire anugerah lah cam tu tuk kakitangan awam yg kualiti kerjanya agak bagus) n abg aku lak dah lebih 5 bulan keje sbgai technichan JKR)

Aku ngan penuh kekonfiusan trus tnya kat mak aku



Aku: Kenduri Kakcik?Kenduri apa?

Mak: Kenduri bertunang la.Dah kawan lama dah tak elok haih kehulu kehiliaq bekepit.Biaq la ada ikatan nanti tak da la org nak cakap2 bukan2.

(Kata mak dalam loghat utara + perak)

Aku: Ala mak ni, awal lagi la mak.Kakcik baru 20.Blom 21 lagi...

(Macam biasa aku bagi alasan.Tp mak aku tak tunggu lama, die trus cucuk jarum pelan2 spaya aku termakan oleh hasutannye tuh..hihihi)

Mak: Haih, awai apanya..kalu rasa awai duk ada boipren buat apa?Buat sekali senang sikit kamu pon bole jimat.Kita labur sorang sikit.Mak dgn ayah 250, along 250 kamu bagi 200 je.

Aku pon berpikir time tu.Maybe ada betul gak apa yg mak aku cadangkan tu.Sebab nanti tak de lah aku nak kene kuar blanja byk sbb aku nak setelkan barang2 hantaran bagai.Itu belum kos baju lah, make up lah, souvenier tuk guest lagik.So aku pon agree dgn mak dalam diam2.

Aku: Nanti Kakcik bincang ngan Asrul dulu ye mak?

Mak: Haa elok la bincang dengan dia dulu.Suruh mak dengan ayah dia datang umah mak nak bincang2.

Lepas je ending conversation yg penuh hasutan dengan mak aku, aku trus dial no tunang aku, yg waktu itu maseh lagi bf aku.Aku cerita kat die satu persatu.Aku kemuka kan kat die tentang idea jimat mak aku.Dia tanpa byk bunyik n songeh, terus bersetuju memandangkan bila aku dah jadik tunang die nanti, lebey hebat die leh buli aku.. :D~
Maka petang itu jugaklah aku turun ke bookshop kat bawah opis aku n beli senaskah 2 buku pasal gubahan hantaran.Aku pon sibuk buat list barang2 apa nak dibuat hantaran.Tak lupa jugak aku surf kat internet study pasal adat2 merisik, bertunang dan sebagainya.Aku stady tgk pesyen gubahan hantaran yg paling in skali time tu n pasang angan2 cam ne nak reka bentuk hantaran aku nanti.
Lepas dah decide tema apa yg aku nak wat sempena majlis pertunangan aku tu, iaitu tema ala2 kampung,aku mintak lak pandangan teman2 sekerja,se-rumah, se-Ym, se-Myspace.And afta dat, waktu yg paling aku suka, shooping time!!!
Since semua hantaran nak bagi pada bf aku wat sendiri, so aku carik semua stuffs sdn. bhd.Aku merayap ke Semua House n shooping sakan.Hasil kerja tgn aku, sebanyak 23 dulang hantaran siap dimana kebanyakkan nya manisan seperti gula2, marshmalow, halwa betik yg cantik amat!!(makcik sebelah umah yg bagi..)dll.


Akhirnya bila sampai ke hari yg ditunggu2 iaitu 18 May 2008, segalanya siap dan berjalan dgn lancar seperti yg kami sekeluarga idam2 kan.
Walaupun ade seperkara 2 yg terpeleot, tp kami tak gelabah.Segalanya disetelkan dgn baik dan sempurna.Kini da hampir 1/2 tahun aku da bgelar tunang org.Jap jek rase.Tahun depan da nak kawen (wlaupun ta dek tarikh tetap lagik)..Huhu~


Mak aku antara org yg paling xcited slain dari ayah, angah n yg lain2.Dia yg paling bz nak pkirkan pasal cat umah, pasang kipas baru untuk bilik pengantin, beli langsir baru..Sedangkan aku kat sini masih lagi cam ta dek efek nak jadik pengantin baru.Maseh hula-hula sane sini dengan riang gumbira.Mungkin ini-le agaknye yg dikatekan orang "not mature".Ahh peduli lah..janji aku hepi..

Pray for my jodoh berkekalan hinggal ke akhir hayat and for my happiness too..

14 Jan 2008

kap dan puyu...

2 bulan lepas, aku ade balik kampung.aku tengok kat umah mak, mak ade bela ikan kap yang kecik2 tu, lam kolam kecik.cantik2 ikan tu.aku tengok, senang je mak bela ikan tu.tak payah pakai mesin oksigen pon, ikan tu hidup.pastu time aku nak balik subang balik, aku ternampak la ade 1 bekas kaca,atau balang la...cam orang bela ikan emas tu slalu kan.tak pakai pon benda tu.elok je lagi.aku cuci2, pastu aku culik 10 ekor ikan kap mak, aku bawak balik subang(msti ler mak bagi..).aku pilih yang cantik2 jer.yelah sebab aku nak bela lam balang.kalu pilih yang buruk2 tak de la lawa balang ikan aku nanti.mak bela lam kolam kecik, tgk dari atas je, tak lawa2 sangat pon tak pe..heheheh(mak, jangan marah kak cik tau...).Aku rasa sayang sangat ngan ikan aku tu sejak aku bela diorang.ade sekor tu, ekor dia cantik sangat.kembang je, kaler pon lawa.seminggu yang pertama, bila aku nak tukar air, aku tengok ade seko ikan aku mati.maybe dia tersepit celah batu, n tak dapat naik kat surface utk bernafas.sian...ikan aku mati lemas...sedih je aku rasa time tu.trus aku buang batu lam balang tu.pastu lam setengah bulan lepas tu, time aku nak tuka air lagi, aku check2, ikan aku tinggal lagi 8 ekor.aku pelik mane la lagi sekor hilang.tak de pon mayat ikan aku jumpa.Bila aku check2 skeliling area aku letak balang tu, aku jumpa la mayat ikan tu.dah kering dah pon...maybe dia terkejeut bila ade orang lalu dekat balang tu, jadik dia mlompat la.skali terkeluar dari balang.trus mati...yelah, dulu kan dia duk lam kolam,orang lalu kat tepi pon dia tak nampak.skang duk lam balang, da nampak orang, terkejut lak dia.skali lagi aku sedih.sampai ternangis.boifren aku pujuk aku, dia suh aku buh kain net kat mulut balang tu.aku pon wat la.korang tau, cam berseri je balang ikan aku lepas aku ikat ngan kain net ngan riben.hilang la sedih aku...baru2 ni, aku ade la gi pasar malam kat taman medan ngan boifren aku.Kami ternampak le ade orang jual ikan puyu ngan ikan sepat lam cawan.1 cawan ade 3 ekor.Tapi semua anak2 lagi la.Teruja aku tengok..(cewahh..)Sebabkan 1 cawan RM2 je, bf aku pon belilah ikan tu.Tapi dia suh aku bela, buh skali lam balang ikan aku tu.Aku pon tanpa pikir panjang, setuju je lah.Malam tu time bubuh ikan puyu tu lam balang, aku tengok, seko lagi ikan aku dah mati.Itu memang aku tau pasal ape.Sebab member aku buh banyak sangat makanan dier.Sib baik seko je mati.Aku biar je la dulu mayat ikan tu kat lam balang tu.Pastu, aku pon kuar gi makan2 kat uptown...Esoknye tu, aku cuti.Aku ngan smangat berkobar2 bangun pagi nak tukar air lam balang tu, sebab sian ngan ikan2 aku yg smalaman hidup lam air mayat kawan diorang.Bila aku sampai je kat balang tu, punya la terkejut aku.Rasa nak luruh jantung aku.Tetiba aku rasa ade air yg mleleh kuar dari mata aku...Prasaaan aku pon len macam jer...Ape tak nye..Semua ikan2 kap yg aku amik kat umah mak aku hilang!!!Sekor pon tak de.Termasuk la mayat ikan yang mati malam tadi.Korang tau, yang tinggal cumalah 3 ekor ikan puyu yg smalam aku beli tu...Aku trus capai henpon, dial no bf aku.bila bf aku cakap "hello" je, aku terus cakap, "Sayang...ikan awak semua jahat2!!!saya benci ngan ikan awak!!!"Ngan nada suara sedih, ngan air mata berjejer2, aku ngadu kat boifren.Dia kelam kabut tanya ape dah jadi..Bila aku cakap ikan dia makan semua ikan aku, dia tergelak mula2...Aku bengang punya pasal, aku trus matikan henpon aku.Aku duk lam bilik.Nangis...sedih oooo...Tetiba member aku ketuk2 pintu bilik cakap bf aku datang..Aku tak nak jumpa dia mula2.Pastu dah lebih kurang 10 minit dia tunggu, aku pon pegilah jumpa.Kesian.Tapi marah tak abis lagi.Dia pujuk aku.Cakap "jangan nangis..ahad nanti kita pergi pets wonderlang, beli ikan kecik2 yang baru ok..."terubat la skit hati aku ni..Tapi sampai arini, aku still tringat kat ikan2 kesayangan aku.kadang2 cam nak nangis je.Bukan ape, aku cuma tringat je, mak aku pesan suh jaga elok2.Kalu nak bagi mati jangan nak bawak balik" katenye.Nak wat cam ner.Aku ingat puyu tu kecik2 tak de lah makan ikan lain lagi.rupa2nye makan jugak...Aku rasa cam dendam je ngan puyu tu.Sampai skang, air lam balang tu, dah seminggu dah, aku tak tuka lagi...Tapi tak baik kan wat camtu.Ikan mane reti pikir.Sape suh aku ngok ngek sangat nak letak diorang duk skali kan.Tak pe lah.Balik keje ni, aku tukarkan air tu...Sedih aku rasa...nak wat cam ner.dah ajal kap lam perut puyu..