17 Mac 2010

Pasar Malam Yang Tak Best!!

Saya memang suka pergi pasar malam sebab banyak makanan sedap lagik murah boleh didapati.
Minggu lepas, 'dia' telah singgah di pasar malam ketika kami on the way balik keje.
Yang peliknya, 'dia' tak tanya saya pun sama ada nak singgah ke pasar malam atau tidak pada hari itu.
'Dia' terus saja menuju ke pasar malam.
Dalam hati saya sungguh gembira.
Ketika sedang menjamu mata di pasar malam, telah berlaku satu sesi perbualan antara kami yang mana 'dia' telah mengeluarkan satu ayat yang saya tak suka, tetapi itulah fakta..

Saya: Eh, arini tak tnye pon nak singgah ke tak, trus je bwk sy datang sini kan?
Dia: Tak payah tanya. Awak kan 'TAIK PASAR MALAM'......
Saya: ................ (%$^#&@*!!!)

Walaupun saya agak marah dengan ayat itu, tapi saya terpaksa berdiam diri kerana ayat itu adalah FAKTA.
Saya memang TAIK PASAR MALAM.
Setiap hari sepanjang minggu, saya tahu lokasi dimana ada pasar malam.
Jadi, saya tidak susah hati jika terasa malas untuk masak di rumah kerana saya tahu ada pasar malam setiap malam.

Semalam, kami telah pergi ke pasar malam berhampiran Kg. Aman Batu 13, Puchong (tepi tol tu).
Pasa malam di situ adalah sangat tidak best sekali.
Cuma ada lebih kurang 10 je gerai yang jual makanan, yang lain adalah jual barang2 basah dan lain-lain.
Semalam saya cuma berjaya membeli sate (nsib baik sedap jugak), kuetiaw goreng, dan jugak durian (5 biji RM 10).
'Dia' juga beli sate, mee goreng, hot dog cucuk2 & air asam boi.

Jadik, saya telah ambil keputusan untuk tak nak pergi lagi ke pasar malam hari SELASA itu kerana sangat tak syok.
Kesimpulannya, setiap malam selasa, saya terpkasa masak sendiri di rumah, atau singgah makan di Kedai Kakak di Court 6 USJ 8.

Itu saja cerita saya tentang pasar malam.Malam ini kami mungkin akan pergi ke pasar malam hari RABU pula sebelum balik rumah.

Sekian, Terima Kasih.



Tiada ulasan: