12 Jan 2009

neeennnooonggg...!!!


Pagi ni, aku 'ter'bangun awal.Sebabnya ada bunyik-bunyian yg mengganggu keamanan gegendang telinga-ku seawal jam 5.30 pagi.

Neeeeennnonngggggg...!!Neeeeeennnnnnoooongggg....!!

Sekali lalu tak pe.Ni more than 6 times..!!Bunyik-nya pulak, nyaring tak ingat.Sebab lalu dekat umah kan.Aku jenguk ke tingkap kot-kot mata mamai ni dapat tangkap pemandangan pelik apa-apa ke..

Tak de pon..

Kemudian, kembali ke tempat paling selesa atas muka bumi, tilam nipis-ku.Golek kiri, golek kanan, tak bole lelap.Tengok jam lagik, da dekat pukul 6.Arrrghhh...!!Bangun je lah.Aku on iron, and start gosok baju kurung merah.Kemudian denga lagik..

Neeeeennnnooonggggggg...!!Neeeeennnnooonnngggg....!!

Cepat-cepat lari ke tingkap, nak tengok apakah itu.Kepala toleh ke-kanan.Nampak bomba lalu depan kawasan apartment.Kemudian sambung gosok baju.Tapi bunyik-nya tak ilang lagi, kemudian kuat balik.Cepat-cepat lari ke tingkap lagi.Kepala toleh ke-kiri pula.Nampak truck bomba tadi, lalu jalan sebelah sana pulak.

Kenapa eh?Siapa pulak ditimpa musibah subuh-subuh sepi'i ni??Kemudian sambung semula gosok baju sambil cuba tidak pikir pasal bomba yg lalu-lalang.Seketika pula, terdengar siren polis, kemudian ambulance.Oleh kerana terlampau byk siren yg bunyik pagi ni, otak mula menjelajah sambil tangan ligat menggosok kurung merah.

Mungkin-kah kawasan ini diserang zombie???!!



ngerii...adakah zombie seperti ini sudah menyerang???


Adakah kawasan berhampiran apartment ini sudah diserang zombie?Macam mana nak lari nanti?Adakah keadaan akan jadi macam dalam movie 24 Weeks?Apa keluarga aku di kampung selamatkah??


Imaginasi liar mula bermaharajalela dalam otak mamai ini.Seketika kemudian aku abaikan.Aku tekad untuk lalu jalan belakang hari ini supaya segala persoalan zombie dalam otak keras ini akan terungkai.Lepas tapau NASI LEMAK MAHAL sebungkus, aku pun terus menyusuri jalan belakang.Sebaik berada di jalan itu, nampak api marak menjulang ke-udara.Berselang-seli dengan kepul-kepulan asap tebal lagi hitam.Ngeri tengok.Polis terpaksa tutup jalan membuatkan aku terpaksa u-turn.Mungkin untuk mengelakkan kemalangan lain pulak berlaku.

Aku berpuas hati dengan jawapan yg aku nanti-nantikan, lalu terus ke tempat kerja di Petaling Jaya.

Tiada ulasan: