26 Mac 2010

Err... Suprise!??

okey, dah beberapa hari tak menulis, harini rasa cam nak tulis balik. Ada benda nak cerita..


His upcoming birthday in 5 days..
Ade ke plan apa-apa suprise? Since it will be his 1st birthday as my hubby, aku as isteri pon tak tau nak wat ape. Usually, time becinta dlu, aku just beli kek n make a small suprise bufday party for him. Takkan nak wat camtu lagik kan? It's quite lame lahh..but itu lah yg slalu org buat. And he never felt it's lame or what stiap kali pon. Tringat plak how sweet Along wat suprise untuk Cik Sarah on her last bufday. Smpai bergenang la air mata Cik Sarah time tu. How romatic they are. But 'he' is not romantic enuf la. Even klu aku wat benda2 yg romantik pon, he will surely takkan bergenang air mata. Past few days, aku tgh google2 tgok gamba makanan (macam slalu la kan..) then i saw this restaurant. Love..love... the food! (eh ini nak blanja org tu sempana bufday dia, but pilih tmpat mkn ikut citarasa aku? keji!) And the most important thing is, harganya sangat berpatutan ok! Suka sangat, n trus planning nak blanja dia makan kat sini. Environment die ala-ala romantik gitu...sukaaa~
hehehe~


Maybe akan pegi lewat sehari 2 dari harijadi dia, coz on his bufday, i got appointment dgn doctor to check the baby la. Sori sayang~ but dat day also u cuti rite!! so, i'll cook sumthin special n buy a cake for u. After 2/3 days, baru kita gi makan kat situ ekkk?


Note: I'm not planning to buy present for him sbb the actual 'present' will be coming soon on next May!! =D


  

22 Mac 2010

Malasnye.....

Minggu lepas, berturut 3 ari tak keje.Semenjak dah nak menginjak ke 8 bulan ni, makin pemalas plak nak keje.Dah la kalu tak datang kene potong gaji...(tskk..tskkk..) 


Ari Khamis, aku saje amik cuti sbb nak gi check up. Macam biase la, kalu gi check up mane leh amik 1/2 day ke ape ke. Letih Ya Rabbi okk. Pegi awal pagi, 7.30pg dah smpai klinik tapi dah kul 9, blum tentu lagik diorang panggil nombor/nama. Sebabnye, orang memang ramai tak igt. 18/04/2010 aritu, aku gi ckeck up n lam sejarah la, paling lama menunggu. Padahal, nak timbang berat, test urine cam biasa n cek perut oleh nurse jek. Smpai kul 12.30 tgh hari, tak setel2 lagik. Dah la kene mangun awai pagi! (tau je la, tido waktu pagi adalah nyaman skali ok) 


Balik dari klinik tu, trus gi bayar bil api sbb da smpai surat kuning. Ala surat warning nak kene potong letrik!! (padahal bil bukan byk mana pon, rm59.90 jek) Kami laki bini ini adalah pemalas nak bayar bil sbb malas beratur - cehh! alasan..skang org kan byar pakai online jek! hehe~ 


Lepas bayar bil, adalah menuju trus ke kedai makan, sbb baby lam perut dah karoke lagu dangdut.Mood macam tak baik jek, sbb badan letih + malas laaaa! Esoknya, aku rasa cam nak demam. Bila alarm henpon bunyik jek pagi tu,rasa tak larat gila nak bukak mata. Aku trus kejut 'DIA' dan buat suara ngada2 + gedik skit..


Aku: Sayangggg......(panggil banyak kali baru die dengar, tido lena kot!)
Dia: Hmm...? (nada suara malas nak bukak mata cam biasa)
Aku: Saye rase tak bape sihat la, cam nak demam....
Dia: Tak yah la gi keje......(smbil tangannye terus peluk perut aku yg makin memboyot ni...)


Oohhhh yesssssss!!!
Hahahaha!! Itu lah ayat yang paling aku tunggu2 skali nak denga bila aku wat alasan malas nak gi keje (tp ini aku btul rase tak sihat ye). Sebab biasanya akan kene marah bila malas gi keje. Mungkin dia da makin paham ngan keadaan aku yg makin tak larat nak hayun langkah ni. Jadik die tak banyak marah2 lagi dah..hehehe....SAYA SAYANG AWAK!! =D
Pagi tu, aku sms bos inform die aku nak amik mc for dat day sbb rasa kurang sihat. Tak lama pas tu, bos aku pon reply sms aku..


"Ok tk cre.Come back to work on Monday"


Aiiikkk????
Baik hati la plak orang tua ni?Siap bg aku cuti esoknya - Sabtu (tp of coz la cuti tnpa gaji kan....!) Tak pe lah aku tak kesah sgt dah kene potong gaji, janji aku dapat rehat yg scukupnya. Maklum la, skang ni kalu tak jaga bebaik, takut tebranak awal la plak nanti...takuttt!! Jadik untuk 4 ari (termasuk ahad) berturut2, aku tlah bercuti dengan bestnye kat umah. Sian 'DIA' gi keje sensorang..heheheh~


Arini, aku start keje balik, rindu amat ngan fesbuk & Cafe World!! Siap masuk awal 1 jam 10 minit lagik. Kul 7.50pg dah terpacak depan pc ni ha, padahal start opis hour kul 9..hahahh! Aku akan gunakan masa kurang dari 2 bulan lagik ni untuk amik kesempatan terhadap perkhidmatan2 FREE kat opis nih!! - balas dendam sbb tak dapat gaji time cuti bersalin nanti.Keji jugak perangai aku yg satu nih.Hrap tak la turun kat anak.Heheheh~


Oleh itu, azam aku minggu ni adalah untuk tidak mc/cuti walau sehari pon.Sayang la Syura...lagik bape ari je nak masuk bulan April dah.Jangan la kene potong banyak sangat duit gaji kau...kan ke bulan ni nak sambung shoping barang baby lagik kan?? - ayat motivasi untuk diri sendiri. Tengok je lah tercapai tak 

17 Mac 2010

Pasar Malam Yang Tak Best!!

Saya memang suka pergi pasar malam sebab banyak makanan sedap lagik murah boleh didapati.
Minggu lepas, 'dia' telah singgah di pasar malam ketika kami on the way balik keje.
Yang peliknya, 'dia' tak tanya saya pun sama ada nak singgah ke pasar malam atau tidak pada hari itu.
'Dia' terus saja menuju ke pasar malam.
Dalam hati saya sungguh gembira.
Ketika sedang menjamu mata di pasar malam, telah berlaku satu sesi perbualan antara kami yang mana 'dia' telah mengeluarkan satu ayat yang saya tak suka, tetapi itulah fakta..

Saya: Eh, arini tak tnye pon nak singgah ke tak, trus je bwk sy datang sini kan?
Dia: Tak payah tanya. Awak kan 'TAIK PASAR MALAM'......
Saya: ................ (%$^#&@*!!!)

Walaupun saya agak marah dengan ayat itu, tapi saya terpaksa berdiam diri kerana ayat itu adalah FAKTA.
Saya memang TAIK PASAR MALAM.
Setiap hari sepanjang minggu, saya tahu lokasi dimana ada pasar malam.
Jadi, saya tidak susah hati jika terasa malas untuk masak di rumah kerana saya tahu ada pasar malam setiap malam.

Semalam, kami telah pergi ke pasar malam berhampiran Kg. Aman Batu 13, Puchong (tepi tol tu).
Pasa malam di situ adalah sangat tidak best sekali.
Cuma ada lebih kurang 10 je gerai yang jual makanan, yang lain adalah jual barang2 basah dan lain-lain.
Semalam saya cuma berjaya membeli sate (nsib baik sedap jugak), kuetiaw goreng, dan jugak durian (5 biji RM 10).
'Dia' juga beli sate, mee goreng, hot dog cucuk2 & air asam boi.

Jadik, saya telah ambil keputusan untuk tak nak pergi lagi ke pasar malam hari SELASA itu kerana sangat tak syok.
Kesimpulannya, setiap malam selasa, saya terpkasa masak sendiri di rumah, atau singgah makan di Kedai Kakak di Court 6 USJ 8.

Itu saja cerita saya tentang pasar malam.Malam ini kami mungkin akan pergi ke pasar malam hari RABU pula sebelum balik rumah.

Sekian, Terima Kasih.



16 Mac 2010

Sebak + Kecik Hati..

Sepanjang minggu lepas, aku mula terperasan yang aku ni macam dipulaukan sesetengah orang tu.Tak tau la pulak ni sebab emosi/hormon2 pregnant ke ape ke kan.Tapi aku smakin jauh hati la ngan sikap2 sesetengah orang tu.Jenuh aku pikir kat mana silap aku, tapi still buntu.Aku bukan nak bangga diri, tapi sejak masuk khidmat negara n blajar tentang subjek "MENGAKUI SILAP SENDIRI UNTUK HIDUP LEBIH POSITIF", aku memang praktikkan benda ni lam hidup.Bila salah, aku mengaku aku wat salah.Walaupun dalam hati je.Walaupon rasa susah sangat nak trima kesalahan sendiri.Adat kan, manusia ni kalu da berlaku seswatu hal, mesti nak tunding jari kat orang lain.Aku pon sama, tapi bila aku tau aku salah, aku takkan buat macam tu (tunding jari kat orang lain la).Sampai hari ni, aku masih pikir, apa silap aku buat kat sesetengah orang tu sampai diorang pulaukan aku.Kalau ikut hati, malas nak pikir.Buat tambah stress, nanti kesian kat baby.Tapi bila aku wat dono je, benda ni macam lagik suka datang dekat aku.Ni la yang leh wat aku jadik suka termenung, sebak n  ternangis tak tentu pasal ni.Tapi nasib baik la 'DIA' cukup dekat ngan hati aku.'DIA' cuba pahamkan masalah aku, cuba uraikan yang serabut2 dalam pale otak aku, dan cuba hiburkan hati aku.Demi 'DIA' dan baby ni, aku malas dah nak pikir sbb aku tak jumpa jawapannya.Lagi sorang manusia yang slalu buat hati ni hepi tak kira masa, Puan Poziyah...
Mak, Kakcik rindu ngan mak..rasa nak balik n peluk Mak sekarang jugak...


*air mata dah mula bergenang~

Macam Haram, Boleh??

Stress...!

Itu jek yg aku rasa semenjak dua menjak ni.Macam2 nak kena pikir lam kpala otak.Mungkin ni la namanya dugaan dalam rumah tangga.Sejak boss (yang macam haram itu) bgtau yg cuti bersalin aku adalah cuti tanpa gaji, aku rasa smakin fedup nak terus kerja kat sini.Tapi aku masih bertahan sbb, mana nak carik keje lain bila perut dah memboyot gini? Sape je nak bagi keje kan? Oleh itu, aku tahan...Tahan sampai end of April, then aku akan hi2 bye2 la ngan bos aku yg memang kuku besi! (tu pon cam ne tah aku leh keje lama kat sini?)

Kalu ikut hati, memang nak berenti skang jek.Tapi kesian kat 'DIA' nanti smua expenses 'DIA' kene tanggung.Aku tak sampai hati la.Nak tanak, tepaksa la kije jugak. Moga-moga ngan kesabaran aku slama keje kat sini, akan murahkan lagi rezeki kami. Dulu sbelum kawin, mmg senang dapat offer keje. Even dah kawin pon, senang sangat dapat.Tapi aku la plak yang susah nak biasakan diri.Keje kejap sbulan 2, aku benti.Mungkin ni la balasan Tuhan nak bagi sbb aku tak reti bersyukur dulu kan?Tak pe, aku blajar sabar.Demi kuarga yg baru nak berkembang ni.

Sbenarnya aku dah ade beberapa plan kecil-kecilan la untuk help 'DIA' tambah pendapatan.I love bisnes!!Oleh itu macam2 idea berlegar2 kat kotak akal sampaikan tak tau nak pilih mana satu.Apa yang penting ialah: MODAL! Heheheh...skang tengah mengumpul sikit2 supaya aku leh start wat bisnes afta delivery nanti.Tanak la bagi orang jaga baby/anta kat nursery.Giler seram la citer2 dera bagai..Kalu aku start bisnes sendiri, adalah boleh menjaga baby di rumah sambil duit masuk poket..YAY!!

Dalam pada itu, (ayat buku teks skolah menengah) aku juga ada plan nak repot pasal bos kuku besi ni kat Pejabat Buruh.Dah la aku keje takde surat kontrak@yg sewaktu dgnnye.Dahtu, stiap kali MC, dia kira unpaid leave, even aku ada surat MC skalipon.Stiap bulan pulak gaji aku akan dikira mengikut kiraan bos (tak tetap la tiap-tiap bulan sbb dia kira basic bahagi berapa hari bekerja (tolak ahad & public Holiday) pada bulan tersebut).Die akan kira, mengikut kiraan yang menguntungkan dia dan merugikan aku.Sbenarnya aku malas nak repot2 ni sbb mengenangkan yang kekadang, bos (yang macam haram itu) baik jugak slalu bagi aku advance.Then kalu aku cuti-cuti slalu, die jarang la nak bising, kunun die understanding la aku ade sikit alahan sbb pregnancy kan.
Tapi bila smpai tahap dia tanak bayar gaji aku time aku cuti bersalin nanti (argghhh!tension!!) terus meluap2 plak rasa teraniaya.Kalu bleh nak repot dulu dalam ADUAN RAKYAT ke apa, biar tak de orang nak keje dengan dia dah pas ni.Bukan la nak cakap/timbulkan sentimen perkauman, tapi ade satu kaum kat Malaysia ni (bos aku kaum ini lah) yang memang tak bleh ada pangkat/duit lebih sikit.Asik nak aniaya orang jek!Tu tak kira lagi kat opis ni tak penah ade kopi ke teh ke atau biskut2 (yang slalu ade kat pantry2 opis kan?).Even air nak minum pon kene bawak sndri.Punya la berkira.....

Patut la pagi tadi maid bos (yang macam haram itu) aku ade datang opis untuk cuci2 opis ni, ngadu dengan aku.Since umah bos aku adelah beberapa langkah saja dari opis, die tak penah panggil cleaner cuci opis, die suh maid die datang cuci, jimat la duit die..(dasar taik hidung masinn!)Kakak indon tu cerita dengan aku yg die tak tahan dah nak keje lama-lama ngan bos aku.Katanya kebajikan lansung tak ada.Bos aku tak hormat lnsung kakak indon tu, (tau la die maid, tp kene la perikemanusiaan skit boleh tak?) bos aku & family suka bawak masuk anjing peliharaan diorang dalam rumah.Jadik smua tempat adalah kotor (org Islam, mane bleh ade anjing2 ni kan..)sian kat kakak indon tu.Nak smayang susah, nak makan pon susah.Geli lah sbb bekas2 anjing smua.Bila kakak indon ni mluahkan prasaan kat aku, aku leh dengar je la, pastu simpati.Nak wat cam ne lagi kan, bukannya bleh aku nak tolong ape2.Sedangkan aku yg kerja kerani bos (yang macam haram itu) ni pon teraniaya.Inikan pulak maid.


Arghhh!
Stress la macam ni..Kesian pulak kat baby dalam perut, macam2 rasa dia kene rasa.Ape yg bleh aku wat skang, cuma lah berdoa agar bos (yang macam haram itu) aku ni cepat2 sedar dan tak aniaya sesapa lagi, even kau banyak duit dan ade pangkat.Berperikemanusiaan la sikit wei!Orang lain pon nak hidup jugakk..Sekali Tuhan tarik balik smua kesenangan kau, smapi terpaksa masuk BERSAMAMU baru ade akal nanti.(Padahal aku dah sumpah bos aku dan bisnes2nye ini telingkup bila aku blah nanti.Biar jadik pengajaran supaya tak aniaya sesama manusia, )
Jahat tak aku?Dalam memboyot ini, masih sempat sumpah2 orang kan???
Stress!!