16 Jan 2009

cerita pasal sakit

Today aku nak mengadu kat korang, sambil menanya soalan dan mgesat hidung yg smakin berair serta terbatuk2 basah yg berbunyik: UHHHUKKKKK...UHHUUUKK...UUHHHUUUKKK!!!!!!

For the 2nd time dalam bulan ni, penyakit ni skali lagik menyerang aku dengan rakusnya.Aku pon tak paham.Apakah ini?Demam selsema yg kejap ok, kejap tak??!

Kalu ikut pemikiran aku yg tak bape nak dalam ni, aku rase aku penah denga tentang "IMUN".Atau cam ni lah senang.Kalu kita penah diserang seswatu penyakit, cam cikenpok, badan kita akan lebih imun terhadap penyakit tu, dats min, in d future, kita agak susah nak dapat the same penyakit.Cam demam selsema ni, awal bilan, aku dah diserang, n then, da baik.So, imun terhadap demam selsema ni da improved, but since 2-3 days ago, aku dapat balik the same demam selsema.

Mungkin-kah kali ini virusnya lebih power??Sampai boleh mengatasi imun yg dah improved tu??Ok aku ngaku, aku ni type yg susah nak makan ubat berbentuk cecair.Pasti muntah, atau nak muntah.So aku lebih rela 25x ganda makan ubat pil, walau sebesar ibu jari skalipon dari makan ubat cecair.Batuk ini, memang tak baik-baik since demam yg lepas, coz aku sangat-lah tak suka nak makan ubat batuk, yang mana aku rasa semuanya tak de dalam bentuk pil.Semuanya cecair yg pekat-likat, berbau, dan rasa mint yg amat kuat!!!Aku jugak mengaku, aku tak pernah pantang makan/minum.Contohnya, jus tembikai, air mineral sejuk, buah jambu, semuanya aku telan tanpa rasa bersalah kepada batuk-ku.

Tapi bila balik Ipoh, aku telah di-paksa oleh mak aku untuk makan ubat batuk Wood's Pappermint, yang di-beli oleh Along, di 7-11.Sebotol kecik tu, aku perlukan masa 1/2 bulan untuk habiskan.(tu pon share dengan kekasih cinonet yg kebetulan batuk2 jugak).Untuk 1st time aku makan, aku just minum ubat tu 5ml, yang mana itu adalah dos untuk kanak-kanak.Hampir-hampir nak termuntah, tapi aku tahan.Oleh kerana memikirkan yg kerja aku memerlukan suara yg lunak lembut, batuk pasti akan mengganggu.Ke-esokkannya, aku kantoi dengan mak dan dia suh aku minum ubat tu ikut dos dewasa kalu nak cepat baik.15ml kau tau!!penuh penutup sukatan yg memang ada waktu beli ubat batuk tu.Macam nak mati aku telan.

Mak bagi petua, suruh masukkan semua ubat dalam mulut, tahan napas, bila da masuk semua dalam mulut, baru telan.Aku amalkan tips tu, lepas telan, cepat-cepat minum milo suam supaya tak muntah ok (yang ini tips aku tambah sendiri).Jadik, sampai sekarang, aku tak muntah kalu makan ubat batuk.Tapi still tak suka makan, maybe sebab tu la, batuk berlarutan selama hampir 1 bulan!Tunang aku da bising, suruh pegi check kat doktor, sebab takut aku kene penyakit batuk kering!WTF?!Aku batuk basah je slalu (paham-paham sendiri la ye, malas nak elobarate batuk basah tu cam mane.kang geli plak!).Ni lagi 1 prob aku, aku tak suka g jumpa doktor.Aku tak suka nak tunggu lelama dalam klinik or hospital sebab aku loya bau tempat2 cam tu.Kalu korang gi klinik atau spital trutamanya, masuk-masuk je, mesti ada 1 spesis bau kan?Bau yg sinonim dengan spital.Aku akan mula mual-mual dan penin bila masuk lam spital.

So cam ne?Ade ke petua-petua tradisional supaya hilang demam selsema ni slain dari pantang makan??(sori, yang itu, memang aku tak leh nak wat)..

Ehh...nak google la jap.

14 Jan 2009

cita-cita saya...

Aku nak bukak bisnes sendiri.Bisnes Keje Kawin.Hebat kan??!

Alasan :
1/ Aku jenis yg tak suka datang keje hari-hari sebab aku tak suka bangun pagi.Kadang-kadang je suka.
2/ Aku tak tahan nak keje kat 1 1 kompeni lama-lama.Paling lama, 6 bulan.Sebab tu aku byk experiance kije.80% jawatan yg penah aku pegang, smua contract basis.
3/Aku lebih suka keje dari rumah.Tak de protokol tentang pakaian, tentang waktu lunch, tentang nak surfing internet!!!
4/Kalau nak cuti, tak perlu bagi mc, surat kematian, atau sebagainya.Tak de jugak cuti potong gaji.
5/Tak de kuasa kuku besi nak tindas aku yang lemah lagi tak berdaya ini.

Aku harap korang yg singgah blog aku ni, doakan aku berjaya bukak bisnes aku dalam masa terdekat ini ok?Aku sayang korang suma...!

12 Jan 2009

neeennnooonggg...!!!


Pagi ni, aku 'ter'bangun awal.Sebabnya ada bunyik-bunyian yg mengganggu keamanan gegendang telinga-ku seawal jam 5.30 pagi.

Neeeeennnonngggggg...!!Neeeeeennnnnnoooongggg....!!

Sekali lalu tak pe.Ni more than 6 times..!!Bunyik-nya pulak, nyaring tak ingat.Sebab lalu dekat umah kan.Aku jenguk ke tingkap kot-kot mata mamai ni dapat tangkap pemandangan pelik apa-apa ke..

Tak de pon..

Kemudian, kembali ke tempat paling selesa atas muka bumi, tilam nipis-ku.Golek kiri, golek kanan, tak bole lelap.Tengok jam lagik, da dekat pukul 6.Arrrghhh...!!Bangun je lah.Aku on iron, and start gosok baju kurung merah.Kemudian denga lagik..

Neeeeennnnooonggggggg...!!Neeeeennnnooonnngggg....!!

Cepat-cepat lari ke tingkap, nak tengok apakah itu.Kepala toleh ke-kanan.Nampak bomba lalu depan kawasan apartment.Kemudian sambung gosok baju.Tapi bunyik-nya tak ilang lagi, kemudian kuat balik.Cepat-cepat lari ke tingkap lagi.Kepala toleh ke-kiri pula.Nampak truck bomba tadi, lalu jalan sebelah sana pulak.

Kenapa eh?Siapa pulak ditimpa musibah subuh-subuh sepi'i ni??Kemudian sambung semula gosok baju sambil cuba tidak pikir pasal bomba yg lalu-lalang.Seketika pula, terdengar siren polis, kemudian ambulance.Oleh kerana terlampau byk siren yg bunyik pagi ni, otak mula menjelajah sambil tangan ligat menggosok kurung merah.

Mungkin-kah kawasan ini diserang zombie???!!



ngerii...adakah zombie seperti ini sudah menyerang???


Adakah kawasan berhampiran apartment ini sudah diserang zombie?Macam mana nak lari nanti?Adakah keadaan akan jadi macam dalam movie 24 Weeks?Apa keluarga aku di kampung selamatkah??


Imaginasi liar mula bermaharajalela dalam otak mamai ini.Seketika kemudian aku abaikan.Aku tekad untuk lalu jalan belakang hari ini supaya segala persoalan zombie dalam otak keras ini akan terungkai.Lepas tapau NASI LEMAK MAHAL sebungkus, aku pun terus menyusuri jalan belakang.Sebaik berada di jalan itu, nampak api marak menjulang ke-udara.Berselang-seli dengan kepul-kepulan asap tebal lagi hitam.Ngeri tengok.Polis terpaksa tutup jalan membuatkan aku terpaksa u-turn.Mungkin untuk mengelakkan kemalangan lain pulak berlaku.

Aku berpuas hati dengan jawapan yg aku nanti-nantikan, lalu terus ke tempat kerja di Petaling Jaya.

8 Jan 2009

Cerita Tentang Zoe..

Arini nak cerita pasal housemate baru, Zoe.
Beberapa minggu lepas, kawan aku terserempak dengan Zoe kat McD Taylor, Subang.
Zoe ni black atau dalam bahasa melayu, hitam.
Kawan aku ushar Zoe slama hampir seminggu.
Kemudian kawan aku jatuh cinta dengan Zoe.
Kawan aku cakap Zoe merayau-rayau jek macam tak berumah, terus diajak-nya Zoe tinggal di rumah kami.
Zoe tak terkata, Zoe ikut je.
Kawan aku sediakan 1 bilik untuk Zoe bila Zoe sampai di rumah kami.
Zoe ni peramah.Dengan sesiapa pun dia tak segan silu.
Tapi senang sikit terkejut Zoe ni.
Bila aku lepak kat ruang tamu tgk tv, Zoe suka datang dekat, cium-cium lutut aku.
Dah habit dia, aku biarkan je la.
Walaupun aku agak scary dengan si Zoe ni.
Zoe suka terkam-terkam aku.
Bila aku tengah baring (rambut tak ikat), Zoe suka belai-belai rambut aku.
Bila aku duduk dalam bilik, dan pintu terbukak sikit, Zoe suka masuk bilik aku.
Aku slalu terjerit...AARRGGHHH~
*nada manja*
Nah ini gamba Zoe yg aku ambil saat malam pertama dia kat umah aku.










Kucen hitam...kau berjalan di depan-ku..ku tak hirau..(bait-bait lirik KUCING HITAM by Bittersweeet)

~Ala Zoe..Zoe..~

6 Jan 2009

Selamat Buat Semua

Para blogers bz menyiapkan entry khas tahun baru 2009.Aku malas dan idea resap kemana entah..Jadi ucapan selamat buat semua sudah lah~!






p/s: aku countdown di faom street party sunway pyramid..boleh tahan..